Thursday 8 November 2012

Matematik

matematik asas sesuai untuk murid-murid berkeperluan khas dalam mengenali matematik dengan lebih mudah dan senang

warna asas dan skunder
bentuk asas
length
nombor 1-30
perbandingan
saiz-kecil dan besar

Sunday 29 July 2012

KEPENTINGAN PENGUASAAN KEMAHIRAN MEMBACA BAGI MURID PENDIDIKAN KHAS

DEFINISI KEMAHIRAN MEMBACA

        Siti Hajar Abdul Aziz(2009) dalam buku Bahasa Melayu II, keupayaan untuk mengamati, mengingat, mendengar dan membezakan bunyi dengan tepat dan jelas, menyebut lambang huruf yang mewakili bunyi-bunyi tertentu, menggabungkan bunyi untuk membentuk perkataan dan memindahkan lambang-lambang yang dibaca itu kepada sistem kognitif untuk difahami dan ditafsirkan. 
            Harris dan Sipay (1980) menyifatkan proses membaca sebagai proses untuk memperoleh tafsiran yang bermakna tentang lambang-lambang bercetak atau bertulis. Manakala Kenedy (1981) pula mendefinisikan bacaan sebagai keupayaan seseorang untuk mengecam bentuk visual (lambang-lambang grafik yang mewakili bahasa atau perkataan), menghubungkan bentuk itu dengan bunyi atau makna yang telah diketahui, dan seterusnya berasaskan pengalaman lalu, memahami dan mentafsirkan maksudnya (Marohaini Yusoff, 1999). Dua definisi yang diberikan ini sudah cukup untuk menjelaskan bahawa kemahiran membaca adalah satu proses yang kompleks.
            Kemahiran membaca adalah kemahiran asas utama dalam setiap pembelajaran. Setiap murid seharusnya mempunyai kemahiran untuk membaca, menulis dan mengira supaya mereka dapat menjalankan semua proses P&P dengan berkesan.
            Kaedah P&P berbeza adalah perlu bagi meningkatkan penguasaan 3M di kalangan murid. Antaranya mengadakan kelas pemulihan, kelas khas untuk kanak-kanak istimewa, latihan guru berpendidikan khas, perluasan kempen membaca dan penempatan kaunselor di setiap sekolah. Namun, keberkesanan pelaksanaannya tidak menyeluruh dan belum mampu memberi perubahan besar terhadap perkembangan penguasaan kemahiran 3M di kalangan murid terbabit.
            Bagi kes murid istimewa atau pendidikan khas, kepekaan ibu bapa terhadap proses pengembangan anak dituntut bagi membolehkan kelemahan mereka dikesan sejak awal. Murid disleksia antara kelompok murid yang gagal menguasai 3M, namun disebabkan pengetahuan ibu bapa yang rendah mengenai penyakit itu menyebabkan masalah berkenaan tidak dipandang serius. Malah, ramai ibu bapa termasuk golongan profesional cuba menafikan anak mereka berdepan masalah berkenaan hingga merasakan tidak perlu dibantu.
Murid disleksia melihat sesuatu dengan pandangan yang berbeza terutama berkaitan pembelajaran. Sebagai contoh, mereka tidak dapat diajar abjad dengan cepat kerana ada huruf yang akan ditinggalkan disebabkan pemikiran tidak dapat 'membaca' huruf berkenaan.
            Dalam usaha menangani masalah ini, kaedah P&P haruslah lebih khusus dan perlu dipraktikkan guru yang mahir mengenainya. Bahan-bahan BBM juga perlu lebih menarik untuk menarik perhatian murid-murid khas ini untuk mengikuti P&P dengan baik. Penggunaan TMK yang semakin meluas juga merupakan salah satu cara untuk guru-guru gunakan dalam P&P.
           Berikut adalah contoh BBM yang boleh digunakan untuk membantu murid-murid khas menguasai kemahiran membaca.
http://www.scribd.com/doc/101493919/baca-kvkv
http://www.scribd.com/doc/101495299/kvkv-1
http://www.scribd.com/doc/101495497/kvkv-b
http://www.scribd.com/doc/101495695/kvkv-bergambar
http://www.scribd.com/doc/101495784/kvkv-d
http://www.scribd.com/doc/101495849/kvkv-g